Monday, August 19, 2013

GASING

PERMAINAN GASING

Gasing merupakan satu permainan tradisional yang dimainkan di kawasan luar bandar oleh orang2 Melayu. Sejak berdekad2 lalu, permainan ini dimainkan dengan memutarkan gasing2 yang cantik dan diperbuat daripada kayu. Pertandingan gasing diadakan setiap kali musim menuai kerana penduduk2
 
kampung percaya yang ia mampu memberikan hasil tuaian yang banyak.
Baeklah! Aku sbg seorang muslim, just tak berapa setuju dengan kenyataan yang “penduduk2 kampung percaya yang ia mampu memberikan hasil tuaian yang banyak“. Ianya bertentangan dengan ajaran Islam yang melarang mempercayai kuasa selain Allah SWT dan perbuatan mempercayai perbuatan memusing gasing mampu memberikan hasil tuaian yang banyak adalah agak terpesong (bagi aku la).
 
Permainan gasing sebenarnya dimainkan setelah musim menuai tamat, iaitu untuk meraikan penat lelah petani setelah selesai upacara menuai.
 
Gasing tradisional Melayu.
Gasing berbentuk seakan-akan sebuah pinggan yang tebal, dan lazimnya seberat 5kg atau 10 paun. Permainan gasing memerlukan kekuatan, penyelarasan pergerakan, serta kepakaran. Gasing selalunya dimainkan selepas berakhirnya musim menuai. Gasing dilempar dengan menyentap seutas tali panjang yang telah dililit di kelilingnya. Ketika gasing ini masih berputar, ia dicedok dari atas tanah menggunakan sekeping kayu pipih yang berliang di tengahnya, dan dialihkan ke sebatang tiang rendah yang bertampuk besi. Jika dilempar dengan betul, gasing ini kadangkala boleh terus berputar
hingga dua jam lamanya.
 
Aku dah cuba cari fakta2 dalam internet ttg fakta yang disebut kat botol mineral tu, tapi takde jumpa kat mane2 pun. Mungkin penulis tu buat kesimpulan berdasarkan penaakulan sendiri je kot. Tp yg aku terkilan, fakta tu boleh membuatkan penduduk Muslim sedikit terasa, dan harus diketahui juga bahawa permainan gasing tradisional ini dipercayai berasal dari Kelantan.
Orait! Comprende?
Chow!!